Ciri-ciri stesen Stesen Sungai Buloh

Lokasi

Stesen ini terletak di sepanjang Jalan Kuala Selangor berhampiran persimpangan Jalan Kuala Selangor — Jalan Sungai Buloh di Sungai Buloh, Selangor. Persimpangan Sungai Buloh Lebuhraya Utara-Selatan terletak kira-kira 400m tenggara stesen. Juga terletak berhampiran stesen adalah Kem TDM Sungai Buloh, sekolah swasta ELC International, Masjid Jamek Sungai Buloh, SJK (T) Saraswathy, Sierramas West Clubhouse dan taman perumahan Sierramas West.

Pelan stesen

L3
Platform MRT
SBK Arah Utara9 Laluan Sungai Buloh–Kajang berakhir di stesen ini, keluar sahaja
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan
SBK Arah Selatan9 Laluan Sungai Buloh–Kajang menghala ke  SBK35  Kajang (Kampung Selamat)
L2Aras legar MRTSambungan Aras Platform MRT dengan Aras Legar Umum
L1Aras legar umumMesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan dan sambungan tidak berbayar KTM dengan MRT
GAras tanahPintu masuk/keluar, tempat letak kenderaan, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian
G
Platform KTM
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri
KTM Arah Selatan2 Laluan Pelabuhan Klang menghala ke Pel. Klang (Kepong Sentral)

→  ETS  ETS Gold menghala ke Gemas atau KL Sentral (Kuala Lumpur)
→  ETS  ETS Silver menghala ke KL Sentral (Kepong Sentral)

Landasan Pintasan
Landasan Pintasan
KTM Arah Utara2 Laluan Pelabuhan Klang menghala ke Tanjung Malim (Kuang)

←  ETS  ETS Gold menghala ke Padang Besar (Rawang atau Tanjung Malim)
←  ETS  ETS Silver menghala ke Ipoh (Rawang)

Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan empat tingkat: aras platform MRT, aras legar MRT, aras legar umum, dan aras tanah (platform KTM terletak di aras ini). Stesen ini mempunyai satu platform tengah di atas aras legar MRT untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang dan dua platform sisi di bawah aras legar umum untuk perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[7] Selain itu, terdapat sebuah bagunan parkir kereta bertingkat (MSPR) yang menempatkan 1,236 petak parkir kereta dan 258 petak parkir motosikal.[8]

Bagi penumpang yang ingin menukar laluan di stesen ini perlu membeli tiket baharu di stesen ini. Hal ini demikian kerana KTM dan MRT menggunakan sistem tiket yang berlainan kerana dioperasikan oleh dua syarikat berbeza.

Perkhidmatan Bas

Bas RapidKL laluan T100, T101, T102, T103 dan T105 bermula dan berkhidmat di Pintu A stesen ini. Bas utama Selangor Omnibus laluan 100, 101, 107 dan KS02 berkhidmat di Pintu B stesen ini.

Rujukan

WikiPedia: Stesen Sungai Buloh http://www.ktmb.com.my http://mrt.com.my/stations/Sungai_Buloh_Station.ht... http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pm-rasmi-... //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=S... https://www.theedgemarkets.com/article/komuter-ser... https://www.ktmb.com.my/ets https://www.mymrt.com.my/ms/awam/laluan-sungai-bul... https://www.mymrt.com.my/ms/awam/perjalanan-mrt/pa... https://www.thestar.com.my/news/nation/2017/09/03/... https://www.thesundaily.my/local/ssp-mrt-line-41-d...